VIXX

VIXX

Tuesday, 10 September 2013

12 Golongan.



                                         


ASSALAMUALAIKUM & OLLA!

Dh lame dh x tulis ape2 kat blog ni.Rase malas yg amat.Tp ari ni baru ade mood nk tulis.By the way,korang penah dgr ttg 12 GOLONGAN DI PADANG MAHSYAR?Semalam,ustazah saya baru je ckp ttg ni kat kelas.Bile dgr golongan2 ni,saya rase mcm scary.Serious scary gile bile ustazah ckp ttg tu.Nk tau ke ttg 12 Golongan tu?Ni die:


Golongan PERTAMA- Manusia dibangunkan tanpa tangan dan kaki
Sebab:Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya

Golongan KEDUA - Manusia dibangunkan dengan berwajah khinzir hitam
Sebab:Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran

Golongan KETIGA - Manusia dibangunkan dengan perut seperti gunung
dan dipenuhi dengan ular dan kala jengking
Sebab:Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat

Golongan KEEMPAT -Manusia dibangunkan dengan mengalir darah dari mulutnya
Sebab:Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli

Golongan KELIMA - Manusia dibangunkan seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Sebab:Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau
maksiat kerana takut dilihat manusia dan mereka tidak takut
kepada Allah

Golongan KEENAM- Manusia yang 
 dibangunkan dengan tenggorok dan tengkoknya putus
Sebab:Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan
cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya(menipu orang lain).

Golongan KETUJUH - Manusia
 dibangunkan  tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Sebab:Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau
menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan
hukuman tidak dapat dijalankan

Golongan KELAPAN - Manusia
 dibangunkan dengan  berjalan terbalik (kaki ke kepala)
Sebab:manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa
bertaubat

Golongan KESEMBILAN - Manusia dibangunkan dengan wajah yang hitam dan matanya 
 berwarna biru  serta perutnya berapi
Sebab: Mereka di dunia memakan harta anak yatim

Golongan KESEPULUH- Manusia 
 dibangunkan dengan bertubuh
 yang penuh dengan lepera dan belak
(sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Sebab:Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya

Golongan KESEBELAS - Manusia yang 
 dibangunkan dengan buta matanya,
 giginya seperti tanduk,bibir melebar hingga ke dada, 
lidah terjulur sampai  ke perut dan keluar kotoran
 yang sangat jijik
Sebab:Mereka di dunia suka minum arak

Golongan KEDUABELASManusia yang 
 dibangunkan dengan wajah yang berseri dan bercahaya
 bagaikan bulan purnama
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.
Sebab:Mereka di dunia sentiasa beramal soleh,taat perintah Allah dan rajin beribadah

Tu lah 12 golongan di padang Mahsyar.Scary,kan?Cume yg kedua belas je x scary.Harap kite semua tergolong dlm golongan kedua belas.Aamiin.
Yang ni saya cari dlm Internet dan ade yg saya tambah2 sikit.

Kalau ade tersilap kata,harap dpt maafkan saya,ye.So,sampai sini je la dulu.Tunggu akhir tahun baru boleh tulis yang baru.